meNu Crew Komuniti


––––•(-• MEnU CREW KOMUNITI •-)•––––
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke laman web rasmi MEnU CREW.. Freestyle network community .....untuk pengetahuan semua, dahulunya ini adalah website ORANG.4rumer.net, dan telah di ambil alih oleh MEnU CREW, so, anda masi boleh mengunakan id, dan pasword lama jika anda telah mendaftar di orang.4rumer.net untuk login di sini... <<<<

Share | 
 

 Kebaikan Sikap Berfikiran Negatif

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
lutau
MODERATOR
MODERATOR


Female
Number of posts : 301
Age : 37
Location : Sni2 jak bah..
Job/hobbies : menaip's
Reputation : 8
Points : 276
Registration date : 2009-03-06

PostSubject: Kebaikan Sikap Berfikiran Negatif   Thu Mar 12, 2009 10:55 pm

Layan zaassss assas


Dalam sesetangah situasi, adakalanya fikiran negatif dalam minda kita memainkan peranan penting. Kebaikannya, kita akan nampak risiko yang mungkin timbul, kesan buruk yang mungkin berlaku atau kesilapan yang mungkin boleh muncul tanpa disangka-sangka hasil dari fikiran negatif, kerana kita nampak apa yang buruk disebalik sesuatu.

Fikiran-fikiran negatif sebegini membuat Anda bersedia mendepani apa saja yang akan mendatang kerana apa saja boleh berlaku.

Tetapi, jangan biarkan fikiran Anda dikuasai sepenuhnya oleh fikiran negatif hingga Anda tak sanggup berusaha dan tak sanggup berani melakukan sesuatu yang perlu dilakukan oleh Anda. Ambil fikiran-fikiran negatif terhadap sesuatu situasi sebagai persediaan saja, tapi kecilkan ia di minda supaya tidak menghalang Anda dari bersikap optimis, berani dan bersemangat.

Orang berjaya tahu mereka tak mungkin dapat membuang fikiran negatif sehabis mungkin, tetapi hanya mengecilkan saiznya di dalam minda mereka. Mereka lebih menumpu pada apa kebaikan yang akan mereka dapat setelah berjaya melalui risiko, kesilapan dan kegagalan yang mungkin akan mereka hadapi.

Contohilah orang yang berjaya. Mereka fokus pada apa yang mereka idamkan, mahukan, cita-citakan. Walaupun sebenarnya dugaan dan cabaran banyak menyentak semangat mereka, namun mereka takkan pernah berhenti dari rajin berusaha. Terapkan sikap ini dalam diri Anda.

Saya, Anda dan kawan-kawan kita di luar sana berdepan risiko, kesan buruk dan kesilapan sepanjang masa. Kita tak akan dapat mengelak kerana ia diluar kawalan kita.

Tetapi, kita dapat menyediakan diri menghadapi risiko, kesan buruk atau kesilapan kerana kita boleh mengawal tindakan kita. Maknanya, fikiran, idea dan perangai kita masih berada dalam kawalan kita. Oleh itu, kita kena kawal dengan sebaiknya, biar mendatangkan hasil amat yang bagus, hebat sekali.

Sebagai contoh, perkahwinan yang dibina, berisiko untuk runtuh bila-bila masa. Cinta yang dalam lama berbunga, boleh layu bila-bila masa. Perniagaan yang dah lama kukuh berdiri, boleh ranap dalam tempoh satu hari.

Semua adalah risiko yang mungkin boleh menjadi realiti. Tapi, kita boleh berusaha mengekalkan kebahagiaan perkahwinan, kemanisan percintaan dan kekukuhan perniagaan dengan mengawal tindakan, fikiran, idea dan perangai kita termasuk percakapan dan perbuatan kita.

Dalam hidup, sepanjang masa akan ada dua. Misalnya, siang dan malam, hitam dan putih, Mars dan Venus, positif dan negatif. Anda boleh pilih mana yang Anda mahu dan mana yang Anda nak jadikan sebagai identiti Anda, sikap juga idealisasi Anda.

Yang pasti, dalam proses membuat keputusan pilihlah satu pilihan yang boleh menjadikan Anda menjadi orang paling cemerlang, lebih cemerlang dari kalangan orang-orang cemerlang, sama ada dalam pelajaran, kerjaya, keluarga, perniagaan dan kewangan. Usah takut jika terfikir fikiran-fikiran negatif, terima hakikat ia juga ada kebaikan tersendiri.

_________________
assas Respect_Respond_Relaxs assas

Back to top Go down
View user profile
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Re: Kebaikan Sikap Berfikiran Negatif   Thu May 07, 2009 1:21 am

slalunya aku dngar >>> jgn brprasangka buruk / brsngka baik la slalu Very Happy

tp, btul jgk, kdg2 kita prlu brprasangka buruk sbg lgkah pncegahan awl sblm ssuatu yg buruk/x diingini blaku king

~mencegah lebih baik dri mngubati~ cat

rendeer rendeer rendeer ass ass ass
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
lutau
MODERATOR
MODERATOR


Female
Number of posts : 301
Age : 37
Location : Sni2 jak bah..
Job/hobbies : menaip's
Reputation : 8
Points : 276
Registration date : 2009-03-06

PostSubject: Re: Kebaikan Sikap Berfikiran Negatif   Thu May 07, 2009 11:48 am

yupp...thats rite asas
dlm ertikata lain, bt baik b'pada2 la kan.. Very Happy tlampau lurus bendul pun tak best gak.. miahahaah

_________________
assas Respect_Respond_Relaxs assas

Back to top Go down
View user profile
DarkWitch
MODERATOR
MODERATOR


Female
Number of posts : 289
Location : Office Tercinta
Job/hobbies : surf internet, blogging
Reputation : 6
Points : 185
Registration date : 2009-03-05

PostSubject: Re: Kebaikan Sikap Berfikiran Negatif   Thu May 07, 2009 12:05 pm

Dalam smua hal, mesti ada "kecuali". jadi it's ok befikiran negatif skali skala..

_________________
Exclamation Stay Truth To Yourself - Hail All MOD Exclamation
ytuyi

negara
Back to top Go down
View user profile http://tipu2.com
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Re: Kebaikan Sikap Berfikiran Negatif   Sat May 16, 2009 5:59 pm

buat baik berpada2 rabbit buat jahat asas jgn sekali erwet sekali buat mesti mau bt lagi erwet
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
Sponsored content




PostSubject: Re: Kebaikan Sikap Berfikiran Negatif   Today at 2:45 pm

Back to top Go down
 
Kebaikan Sikap Berfikiran Negatif
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
meNu Crew Komuniti :: ––––•(-• BORAK-BORAK •-)•–––– :: .:NILAI2 MURNI/KEAGAMAAN/TIPS&NASIHAT:. :: .:MOTIVASI DAN PENDIDIKAN:.-
Jump to: