meNu Crew Komuniti


––––•(-• MEnU CREW KOMUNITI •-)•––––
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke laman web rasmi MEnU CREW.. Freestyle network community .....untuk pengetahuan semua, dahulunya ini adalah website ORANG.4rumer.net, dan telah di ambil alih oleh MEnU CREW, so, anda masi boleh mengunakan id, dan pasword lama jika anda telah mendaftar di orang.4rumer.net untuk login di sini... <<<<

Share | 
 

 Tempatkan Bilikku di Neraka

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Tempatkan Bilikku di Neraka   Sun May 10, 2009 11:56 pm

"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan
cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi
di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan
tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak
nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang
perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.


Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.
Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah
baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat
serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... "
nasihat
orang tua itu.


Namun, nasihat yang sangat bertetapan
dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua?
Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis
kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu,
gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan
kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil
handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di
neraka jahannam untukku,"
katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum
Allah dengan begitu biadab.


Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang
ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain
turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di
dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam
agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.


Sepuluh minit kemudian bas pun tiba
di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka
pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa
nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu
telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para
penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana
kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang
ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan
raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba
mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan
hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil
pihak keselamatan menguruskan mayat itu.


Begitulah kisah ngeri lagi menyayat
hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik
di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa
di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan
kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan
hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.


Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja
yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi
orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin
melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan
bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.


Sewaktu di sekolah anda tertakluk
dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan
undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di
bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang
itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undangi tersebut .
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang
yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.


Setiap Sultan ada taman larangannya,
begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah
diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar
Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia
memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
 
Tempatkan Bilikku di Neraka
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
meNu Crew Komuniti :: ––––•(-• BORAK-BORAK •-)•–––– :: .:NILAI2 MURNI/KEAGAMAAN/TIPS&NASIHAT:. :: .:KEAGAMAAN:.-
Jump to: