meNu Crew Komuniti


––––•(-• MEnU CREW KOMUNITI •-)•––––
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke laman web rasmi MEnU CREW.. Freestyle network community .....untuk pengetahuan semua, dahulunya ini adalah website ORANG.4rumer.net, dan telah di ambil alih oleh MEnU CREW, so, anda masi boleh mengunakan id, dan pasword lama jika anda telah mendaftar di orang.4rumer.net untuk login di sini... <<<<

Share | 
 

 Empat Isteriku....

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Empat Isteriku....   Wed May 20, 2009 5:20 pm

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang
isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan
yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua
isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk
isteri keempatnya itu.




Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya
ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua
temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari
dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia
adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun
apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya
yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi
suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat
setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang
merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang
tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang
kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya
hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan
berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun,
apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus
hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri
keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan
yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan
menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!"
jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.

Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan
menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri
ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan
berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri
ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi
jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya
itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu
setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu
sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?"
Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu
kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan
kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang
menyambar.

Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku
akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan
meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke
arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.

Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan.
Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu
melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini
isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;







ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita.
Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya
tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita
meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.


ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan
kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan
berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman.
Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama
kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita
sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.
Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus
setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong
kita di akhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita
dengan bijak.

Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...



Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
Ƹ̴Ӂ̴Ʒ_♥mi$$_ik4n♥_Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
Captain
Captain


Female
Number of posts : 912
Age : 29
Location : ♥...Q'Lu...♥
Job/hobbies : ♫•.•music lovers..•.•♫
Reputation : 10
Points : 1031
Registration date : 2009-05-18

PostSubject: Re: Empat Isteriku....   Wed May 20, 2009 5:36 pm

ass all miss

_________________
♥♥ Love begins with a smile, grows with a kiss, and ends with a teardrop. ♥♥


Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/mercie87
 
Empat Isteriku....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
meNu Crew Komuniti :: ––––•(-• BORAK-BORAK •-)•–––– :: .:NILAI2 MURNI/KEAGAMAAN/TIPS&NASIHAT:. :: .:KEAGAMAAN:.-
Jump to: