meNu Crew Komuniti


––––•(-• MEnU CREW KOMUNITI •-)•––––
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke laman web rasmi MEnU CREW.. Freestyle network community .....untuk pengetahuan semua, dahulunya ini adalah website ORANG.4rumer.net, dan telah di ambil alih oleh MEnU CREW, so, anda masi boleh mengunakan id, dan pasword lama jika anda telah mendaftar di orang.4rumer.net untuk login di sini... <<<<

Share | 
 

 artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
p_y_E.com
Lieutenant Colonel
Lieutenant Colonel


Male
Number of posts : 1548
Age : 30
Location : up on Earth..
Job/hobbies : picit2 keyboard
Reputation : 5
Points : 1062
Registration date : 2009-03-06

PostSubject: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Wed May 20, 2009 11:33 pm

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.

Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.

Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.

Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.

Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.

Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.

Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.

Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.

Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.

Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.

Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.

Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.

Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.

Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.

_________________
_-_-_-_-_-_-_-_- RIOT IS COMING- _-_-_-_-_-_-_-_-_
Back to top Go down
View user profile http://www.memangkosong.com
DarkWitch
MODERATOR
MODERATOR


Female
Number of posts : 289
Location : Office Tercinta
Job/hobbies : surf internet, blogging
Reputation : 6
Points : 185
Registration date : 2009-03-05

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Thu May 21, 2009 10:11 am

uiyoooo.. panjangnya esei. rendeer hehehe.. bagus doktor tu suruh blajar menyanyi kan. jadi artis. cherry

_________________
Exclamation Stay Truth To Yourself - Hail All MOD Exclamation
ytuyi

negara
Back to top Go down
View user profile http://tipu2.com
3ssor_y3okok
First Lieutenant
First Lieutenant


Female
Number of posts : 782
Age : 27
Location : kk
Job/hobbies : forum
Reputation : 7
Points : 517
Registration date : 2009-03-05

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Thu May 21, 2009 12:16 pm

ass bukan sahaja doktor atau guru yang perlu di pandang 'tinggi' oleh golongan masyarakat..tetapi juga...petani, penoreh getah...n tenaga buruh juga perlu di beri pengiktirafan 'berbakti kepada negara'....walaupun jasa mereka hanya 'malaysia' sahaja yg nampak...namun mereka juga la yg berusaha untuk membangunkan n memajukan nama malaysia...

mari kita renungkan.... study
Back to top Go down
View user profile
p_y_E.com
Lieutenant Colonel
Lieutenant Colonel


Male
Number of posts : 1548
Age : 30
Location : up on Earth..
Job/hobbies : picit2 keyboard
Reputation : 5
Points : 1062
Registration date : 2009-03-06

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Fri May 22, 2009 5:55 pm

«×Ðå®kWîTch×» wrote:
uiyoooo.. panjangnya esei. rendeer hehehe.. bagus doktor tu suruh blajar menyanyi kan. jadi artis. cherry

owh klu suma jadi artis susah lah Smile
siapa mo jdi pakar perubatan Smile
siapa mo jdi pndidik Smile
erm ini lah tanda2 kecil kiamat Very Happy
dunia sdh tua Very Happy

_________________
_-_-_-_-_-_-_-_- RIOT IS COMING- _-_-_-_-_-_-_-_-_
Back to top Go down
View user profile http://www.memangkosong.com
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Fri May 22, 2009 11:40 pm

sws tnda2 kecil kiamat...
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
p3nd3tagiLa
First Lieutenant
First Lieutenant


Male
Number of posts : 711
Age : 31
Location : aLwAyS sOmEwHeRe
Job/hobbies : kuli batak / part time jual & pungut tin kula
Reputation : 2
Points : 715
Registration date : 2009-04-26

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Mon May 25, 2009 11:45 pm

1 peson yg kamu lupa d julang2 sedangkan makan duit haram...... 2
orang yang cakap manis hidung belang lepas menang pilihan raya lupa daratan 2
aku nda mo cakap sepa 2 lu pikir la sendiri
menghabiskan duit rakyat nda tentu hala sampai boroi perut mkn duit haram
aku nda cakap kerajaan atau pembangkang ar... jangan banned aku no no no
pale
Back to top Go down
View user profile http://shah_reign@yahoo.com
Ƹ̴Ӂ̴Ʒ_♥mi$$_ik4n♥_Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
Captain
Captain


Female
Number of posts : 912
Age : 29
Location : ♥...Q'Lu...♥
Job/hobbies : ♫•.•music lovers..•.•♫
Reputation : 10
Points : 1031
Registration date : 2009-05-18

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Mon Jun 29, 2009 2:27 pm

king artis d julang sebab menghibur ja.... king dktor yg selamatkn nyawa pula d cemuh... al teruk...
mr.pye...panjang sekali karangan hini... nda tebaca pai abis... geek
tp mlalui tajuknya.... al nda patt ba bgtu al cuba la klu teda dktor...guru...dLL... naaa... hide minta ubat la dr tu artis....minta ajar kira2 dr artis... artis pn ada yg nda tau sakap inglis... queen
ooops oppppsss...pa sa sakap ni hide nda ku paam.. geek geek
hide tapuk bwh krusi lu...

_________________
♥♥ Love begins with a smile, grows with a kiss, and ends with a teardrop. ♥♥


Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/mercie87
p3nd3tagiLa
First Lieutenant
First Lieutenant


Male
Number of posts : 711
Age : 31
Location : aLwAyS sOmEwHeRe
Job/hobbies : kuli batak / part time jual & pungut tin kula
Reputation : 2
Points : 715
Registration date : 2009-04-26

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Mon Jun 29, 2009 9:05 pm

ui lauk... tapi tu artis buli kasi aku kenyang tu kalau tjumpa pale
kalau aku tjumpa misa umal kanyang nih sakit pun baik wrewr
Back to top Go down
View user profile http://shah_reign@yahoo.com
p_y_E.com
Lieutenant Colonel
Lieutenant Colonel


Male
Number of posts : 1548
Age : 30
Location : up on Earth..
Job/hobbies : picit2 keyboard
Reputation : 5
Points : 1062
Registration date : 2009-03-06

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Mon Jun 29, 2009 10:12 pm

p3nd3tagiLa wrote:
1 peson yg kamu lupa d julang2 sedangkan makan duit haram...... 2
orang yang cakap manis hidung belang lepas menang pilihan raya lupa daratan 2
aku nda mo cakap sepa 2 lu pikir la sendiri
menghabiskan duit rakyat nda tentu hala sampai boroi perut mkn duit haram
aku nda cakap kerajaan atau pembangkang ar... jangan banned aku no no no
pale

tu lah Smile
bru aku mo ckp gulik
tpi ko sdh cakap gulik
aku faham jga tU Very Happy
heuheuhe...

_________________
_-_-_-_-_-_-_-_- RIOT IS COMING- _-_-_-_-_-_-_-_-_
Back to top Go down
View user profile http://www.memangkosong.com
_s.u.e_
Senior Airman
Senior Airman


Female
Number of posts : 113
Age : 31
Location : d kAki gununG + d tEpi lauT
Job/hobbies : tGk 0mbak laut
Reputation : 0
Points : 125
Registration date : 2009-06-24

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Tue Jun 30, 2009 12:22 am

"artis di julang, Guru n doktor di cemuh"

~mmg nda patut 2
Back to top Go down
View user profile http://dtyro.blogspot.com
Ƹ̴Ӂ̴Ʒ_♥mi$$_ik4n♥_Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
Captain
Captain


Female
Number of posts : 912
Age : 29
Location : ♥...Q'Lu...♥
Job/hobbies : ♫•.•music lovers..•.•♫
Reputation : 10
Points : 1031
Registration date : 2009-05-18

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Tue Jun 30, 2009 7:58 am

p3nd3tagiLa wrote:
ui lauk... tapi tu artis buli kasi aku kenyang tu kalau tjumpa pale
kalau aku tjumpa misa umal kanyang nih sakit pun baik wrewr



king mcm len mksud kenyang ko ni pansing.. geek geek
timbak geek geek

_________________
♥♥ Love begins with a smile, grows with a kiss, and ends with a teardrop. ♥♥


Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/mercie87
p3nd3tagiLa
First Lieutenant
First Lieutenant


Male
Number of posts : 711
Age : 31
Location : aLwAyS sOmEwHeRe
Job/hobbies : kuli batak / part time jual & pungut tin kula
Reputation : 2
Points : 715
Registration date : 2009-04-26

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Wed Jul 01, 2009 7:41 pm

paham-paham laba misa umal No No No
wrewr
Back to top Go down
View user profile http://shah_reign@yahoo.com
p3nd3tagiLa
First Lieutenant
First Lieutenant


Male
Number of posts : 711
Age : 31
Location : aLwAyS sOmEwHeRe
Job/hobbies : kuli batak / part time jual & pungut tin kula
Reputation : 2
Points : 715
Registration date : 2009-04-26

PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Wed Jul 01, 2009 7:43 pm

ya ka bro pye? pale
Back to top Go down
View user profile http://shah_reign@yahoo.com
Sponsored content




PostSubject: Re: artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)   Today at 7:51 pm

Back to top Go down
 
artis di julang, Guru n doktor di cemuh ( apa kata anda)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Guru Ram Das Ashram in LA
» GURU LIED TO MEGHA
» Ceruli, guru of dark world
» SBB Guru-Shishya Ki Kahani!! - Mahabharat - 12th Nov 2013
» Adaa Khan recites the Guru Granth Sahib in Life OK's Amrit Manthan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
meNu Crew Komuniti :: ––––•(-• BORAK-BORAK •-)•–––– :: .:ISU-ISU SEMASA:.-
Jump to: