meNu Crew Komuniti


––––•(-• MEnU CREW KOMUNITI •-)•––––
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke laman web rasmi MEnU CREW.. Freestyle network community .....untuk pengetahuan semua, dahulunya ini adalah website ORANG.4rumer.net, dan telah di ambil alih oleh MEnU CREW, so, anda masi boleh mengunakan id, dan pasword lama jika anda telah mendaftar di orang.4rumer.net untuk login di sini... <<<<

Share | 
 

 Rahsia Jari Kita

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Rahsia Jari Kita   Fri May 22, 2009 8:44 pm



Pelbagai
hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba
perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan
angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar"
sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan
solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja,
perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti
manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus
membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada
rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar
pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja.
Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan
sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam
remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman
dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan
mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul
Jalil. Bersediakah anda??







Nah... naik
kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja
ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang
itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya
yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak
"hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki,
hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal
mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu,
amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya
Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang
berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru
dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan
mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau
cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk
dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih
dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh
berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua
jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan
anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir
dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
 
Rahsia Jari Kita
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» L325 Jari Blue
» Kita will be coming to Excel CS at JCube on 1st October 2011
» A-ano.... K-konichiwa... watashi no namai wa... K-kita desu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
meNu Crew Komuniti :: ––––•(-• BORAK-BORAK •-)•–––– :: .:NILAI2 MURNI/KEAGAMAAN/TIPS&NASIHAT:. :: .:KEAGAMAAN:.-
Jump to: