meNu Crew Komuniti


––––•(-• MEnU CREW KOMUNITI •-)•––––
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke laman web rasmi MEnU CREW.. Freestyle network community .....untuk pengetahuan semua, dahulunya ini adalah website ORANG.4rumer.net, dan telah di ambil alih oleh MEnU CREW, so, anda masi boleh mengunakan id, dan pasword lama jika anda telah mendaftar di orang.4rumer.net untuk login di sini... <<<<

Share | 
 

 Kerak Buat Mak...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Kerak Buat Mak...   Sat May 23, 2009 8:04 pm



Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... " ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan.." YA RABB Engkau peliharalah Ibu kami, Ampunilah Dosanya,berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga " . AMINN



p/s: masa bersama dgn ibu kita tdak lama cintai & hargailah ibu kita dgn spenuh jiwa...
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
lynn_
First Lieutenant
First Lieutenant


Female
Number of posts : 796
Age : 28
Location : sandakan
Job/hobbies : -
Reputation : 3
Points : 802
Registration date : 2009-04-01

PostSubject: Re: Kerak Buat Mak...   Sat May 23, 2009 8:09 pm

cherry sayangi la ibu2 kita............ cherry kiss
Back to top Go down
View user profile
Ƹ̴Ӂ̴Ʒ_♥mi$$_ik4n♥_Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
Captain
Captain


Female
Number of posts : 912
Age : 29
Location : ♥...Q'Lu...♥
Job/hobbies : ♫•.•music lovers..•.•♫
Reputation : 10
Points : 1031
Registration date : 2009-05-18

PostSubject: Re: Kerak Buat Mak...   Mon Jun 29, 2009 2:04 pm

sa cayang my mom so much all kiss cherry

_________________
♥♥ Love begins with a smile, grows with a kiss, and ends with a teardrop. ♥♥


Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/mercie87
Sponsored content




PostSubject: Re: Kerak Buat Mak...   Today at 6:19 am

Back to top Go down
 
Kerak Buat Mak...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Chinese privet in a new pot

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
meNu Crew Komuniti :: ––––•(-• BORAK-BORAK •-)•–––– :: .:NILAI2 MURNI/KEAGAMAAN/TIPS&NASIHAT:. :: .:TIPS DAN NASIHAT:.-
Jump to: