meNu Crew Komuniti


––––•(-• MEnU CREW KOMUNITI •-)•––––
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke laman web rasmi MEnU CREW.. Freestyle network community .....untuk pengetahuan semua, dahulunya ini adalah website ORANG.4rumer.net, dan telah di ambil alih oleh MEnU CREW, so, anda masi boleh mengunakan id, dan pasword lama jika anda telah mendaftar di orang.4rumer.net untuk login di sini... <<<<

Share | 
 

 KISAH PEMUDA BERIBU

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
___ MAGIC ___
MODERATOR
MODERATOR


Male
Number of posts : 261
Age : 36
Location : -- bawah jambatan --
Job/hobbies : Jual anak orang
Reputation : 10
Points : 666
Registration date : 2009-05-18

PostSubject: KISAH PEMUDA BERIBU   Mon Jun 08, 2009 3:17 am

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor ###### betina yang besar. ###### itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu ###### itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor ###### jantan yang lebih besar. ###### itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. ###### itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela ######? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua ###### itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi ###### yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi ######, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa ###### pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti ######. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

_________________
Back to top Go down
View user profile http://MAGIC-Chatter-Labuan-2008.blogspot.com
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Re: KISAH PEMUDA BERIBU   Mon Jun 08, 2009 2:00 pm

hap smga kita mnjadi anak soleh solehah yg dpt mngangkat darjat kedua ibu bapa kita di sisi ALLAH...

wallahualam...
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
peazabern
Master Sergeant
Master Sergeant


Female
Number of posts : 342
Age : 30
Location : sini² juga...
Job/hobbies : tiba² sa Suka Membaca...
Reputation : 6
Points : 352
Registration date : 2009-03-05

PostSubject: Re: KISAH PEMUDA BERIBU   Mon Jun 08, 2009 2:15 pm

:doa: smoga tuhan merahmati keluarga sa.....amenn


Quote :
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

sempat lek iklan kejap...heeee
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/peazabern
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Re: KISAH PEMUDA BERIBU   Mon Jun 08, 2009 6:50 pm

amin... :doa:
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
Sponsored content




PostSubject: Re: KISAH PEMUDA BERIBU   Today at 6:20 am

Back to top Go down
 
KISAH PEMUDA BERIBU
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
meNu Crew Komuniti :: ––––•(-• BORAK-BORAK •-)•–––– :: .:NILAI2 MURNI/KEAGAMAAN/TIPS&NASIHAT:. :: .:KEAGAMAAN:.-
Jump to: