meNu Crew Komuniti


––––•(-• MEnU CREW KOMUNITI •-)•––––
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke laman web rasmi MEnU CREW.. Freestyle network community .....untuk pengetahuan semua, dahulunya ini adalah website ORANG.4rumer.net, dan telah di ambil alih oleh MEnU CREW, so, anda masi boleh mengunakan id, dan pasword lama jika anda telah mendaftar di orang.4rumer.net untuk login di sini... <<<<

Share | 
 

 Petua tidur nabi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
___ MAGIC ___
MODERATOR
MODERATOR


Male
Number of posts : 261
Age : 36
Location : -- bawah jambatan --
Job/hobbies : Jual anak orang
Reputation : 10
Points : 666
Registration date : 2009-05-18

PostSubject: Petua tidur nabi   Mon Jun 08, 2009 3:41 am

TAJUK: Petua tidur nabi

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dar i cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah -olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu. "

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."



15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu
minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Rahsia Solat


1) Niat Sembahyang -:
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul -:
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) Takbiratul Ihram -:
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4) Fatihah -:
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5) Rukuk -:
Sebagai tikar kita di dalam kubur

6) Iktidal -:
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

7) Sujud -:
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim

8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) -:
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-:
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

10) Tahiyat Akhir -:
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar&nangkir didalam kubur.

11) Selawat Nabi -:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12) salam.gif -:
Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib -:
Akan pertemuan kita dengan Allah.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?



Ya Allah! Aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahanam, aku mohon berlindung kepadamu dari azab kubur, aku mohon berlindung kepadamu dari ujian hidup dan mati dan aku mohon berlindung kepadamu dari fitnah Dajjal.

RAHSIA KHUSYUK SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggap lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim A-Isam dan bertanya: "Aba Abdulrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata: "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin" Isam bertanya: "Bagaimana wudhu' zahir dan batin?". Hatim barkata: " Wudhu' zahir sebagaimana biasa,> iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:

(1) Bertaubat
(2) Menyesali dosa yang dilakukan
(3) Tidak tergila-gila dunia
(4) Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
(5) Tinggalkan sifat berbangga
(6) Tinggalkan sifat khianat dan menipu
(7) Meninggalkan sifat dengki

Hatim berkata : "Kemudian aku pergi ke masjid dan aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku. Malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pada waktu itu aku seolah-olah berada di atas titian 'sirratulmustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maksudnya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam.gif dengan ikhlas. Begitulah aku bersolat selama 30 tahun".


KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescayaAllahmuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabis.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulanRamadhanbulan umatku.Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dandaripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di harikiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allahdi dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga
.* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligaidi hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telahlalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya(pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atassegala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluhtahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejabdijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajibbaginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekahtiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiapsehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,dihapus seribu kejahatan.Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejabseperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik danseribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allahdaripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allahjadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab memintaampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barang siapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkant ubuhnya daripada api neraka.Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demiketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, keranakebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin padabulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalamsyurga Firdaus.Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnyaberjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluarnyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajatketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulanRejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadaphamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah perikeistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.REJAB bulan menabur benih.SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.RAMADHAN bulan menuai.REJAB menyucikan badannya.SYA'ABAN menyucikan hatinya.RAMADHAN menyucikan rohnya.REJAB bulan taubat.SYA'ABAN bulan muhibbah.RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.semoga kita sama2 m'dpt manfaat....wassalam

_________________
Back to top Go down
View user profile http://MAGIC-Chatter-Labuan-2008.blogspot.com
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Re: Petua tidur nabi   Mon Jun 08, 2009 1:25 pm

asas indahnya ISLAM...cara tidur pn diambil berat...

tidur mengiring ke kanan >>> tidur cara nabi Muhammad SAW

tidur mengiring ke kiri >>> tidur seperti iblis, syaitan

asas wallahualam...
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
 
Petua tidur nabi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Uttaran Written update 18th February 2014

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
meNu Crew Komuniti :: ––––•(-• BORAK-BORAK •-)•–––– :: .:NILAI2 MURNI/KEAGAMAAN/TIPS&NASIHAT:. :: .:KEAGAMAAN:.-
Jump to: