meNu Crew Komuniti


––––•(-• MEnU CREW KOMUNITI •-)•––––
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke laman web rasmi MEnU CREW.. Freestyle network community .....untuk pengetahuan semua, dahulunya ini adalah website ORANG.4rumer.net, dan telah di ambil alih oleh MEnU CREW, so, anda masi boleh mengunakan id, dan pasword lama jika anda telah mendaftar di orang.4rumer.net untuk login di sini... <<<<

Share | 
 

 Solat Musafir

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
___ MAGIC ___
MODERATOR
MODERATOR


Male
Number of posts : 261
Age : 36
Location : -- bawah jambatan --
Job/hobbies : Jual anak orang
Reputation : 10
Points : 666
Registration date : 2009-05-18

PostSubject: Solat Musafir   Mon Jun 08, 2009 3:57 am

Assalamualaikum,

Saya ingin mendapatkan kepastian berserta nas dan hadis pada kemusykilan berikut :-
Saya adalah diantara rakyat Melaka yang berulang dan berkerja setiap hari ke Kuala Lumpur/Selangor (Isnin hingga Jumaat).
Apakah saya layak untuk menunaikan solat sebagai musaffir.

Terima kasih. Wassalam.

Jawapan.

Kelonggaran bagi orang musafir mengerjakan solat fardhu secara qasar jamak hendaklah dilakukan sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah yang tidak patut ditolak. Walaubagaimanapun keharusan melakukannya memerlukan pengetahuan berkaitan dengan syarat-syarat solat qasar dan jamak.Berikut adalah syarat-syaratnya :

1. Tujuan musafir adalah baik dan diharuskan oleh syarak, tidak mengandungi unsur-unsur maksiat.
2. Jarak musafir tidak kurang dari dua marhalah iaitu 91km atau 56 batu.
3. Tahu destinasi yang dituju dan ia tidak kurang dari dua marhalah. Jika musafir tanpa tujuan, tidak harus mengqasar atau menjama’ solat walaupun perjalanannya lebih dari dua marhalah.
4. Solat yang boleh diqasar ialah solat fardhu empat rakaat iaitu solat Zuhur, Asar dan Isyak. Manakala solat yang boleh dijama’ ialah Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak.
5. Tahu bahawa solat jama’ dan qasar dan hukumnya harus bagi orang musafir.
6. Berniat qasar ketika takbiratulihram dan tidak berubah-ubah sehingga selesai solat.
7. Berniat jama’ taqdim ketika takbiratulihram yang pertama. Tahu bahawa dia masih kekal dalam musafir ketika melakukan solat qasar atau jama’. Jika ketika solat qasar itu, disedari dia telah tiba ke tempat dia bermukim, wajiblah disempurnakan solatnya empat rakaat.
8. Mengerjakan solat qasar dan jama’ di luar kawasan kampung keluarga atau di luar daerahnya.
9. Berniat sebelum bertolak hendak bermukim di tempat yang dituju tidak lebih daripada tiga hari. Setelah tiga hari sekiranya dia melanjutkan lagi tempoh menetap , maka wajib solat sempurna dan tidak harus menjama’ solat. Jika sebelum bertolak dia berniat menetap di situ tempat lebih daripada tiga hari, maka putuslah musafirnya sebaik tiba di tempat tersebut.

Oleh kerana saudara berulang setiap hari melebihi 3 hari walaupun melebihi 2 marhalah, tuan berada di para 9.

_________________
Back to top Go down
View user profile http://MAGIC-Chatter-Labuan-2008.blogspot.com
 
Solat Musafir
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
meNu Crew Komuniti :: ––––•(-• BORAK-BORAK •-)•–––– :: .:NILAI2 MURNI/KEAGAMAAN/TIPS&NASIHAT:. :: .:KEAGAMAAN:.-
Jump to: