meNu Crew Komuniti


––––•(-• MEnU CREW KOMUNITI •-)•––––
 
HomePortalCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke laman web rasmi MEnU CREW.. Freestyle network community .....untuk pengetahuan semua, dahulunya ini adalah website ORANG.4rumer.net, dan telah di ambil alih oleh MEnU CREW, so, anda masi boleh mengunakan id, dan pasword lama jika anda telah mendaftar di orang.4rumer.net untuk login di sini... <<<<

Share | 
 

 APA ITU ISLAM? BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN ISLAM?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
___ MAGIC ___
MODERATOR
MODERATOR


Male
Number of posts : 261
Age : 36
Location : -- bawah jambatan --
Job/hobbies : Jual anak orang
Reputation : 10
Points : 666
Registration date : 2009-05-18

PostSubject: APA ITU ISLAM? BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN ISLAM?   Mon Jun 08, 2009 4:22 am

APA ITU ISLAM? BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN ISLAM?

Islam bermakna: "Meletakkan diri dalam keadaan penyembahan atau perhambaan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa, menyembah kepadaNya sahaja tanpa syirik, dan taat serta mematuhi Undang-undang dan HukumNya. Dengan cara perhambaan diri manusia ini, manfaat KeIslaman, keselamatan, kesejahteraan, dan kejayaan diri yang sebenar akan dapat dicapai.

Islam adalah nama agama, atau lebih tepat lagi, Ad-Din, yang telah diwahyukan oleh Allah dan dilaksanakan oleh Nabi dan Rasul yang ditugaskan oleh Allah kepada manusia sejak Nabi Adam a.s. hinggalah Nabi Muhammad SAW untuk manusia hingga ke hari ini. Nama Islam itu sendiri disebut oleh Allah SWT dalam Al Quran - Islam bermakna `Keselamatan, Kesejahteraan'.

`Sesungguhnya Ad-Deen di sisi Allah hanyalah Islaam' (Surah aali-Imraan 19)

`Barangsiapa yang mencari selain Islaam sebagai ad-deennya, maka tidaklah diterima amal perbuatannya, dan di Akhirat kelak ia termasuk golongan yang rugi (al Khaasiriin).' (Surah aali-Imraan 85)

`Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu (din), dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu'. (surah al-Maaidah 3)

`Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam?
Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.' (Surah as Saff 7)

Perkataan `Salaam' iaitu sumber nama `Islam' bermakna: keamanan, kedamaian, kesejahteraan, penyerahan diri.

Jadi, seorang yang beragama Islam dipanggil Muslim (lelaki) dan Muslimah (wanita) yang menyerahkan dirinya kepada Allah SWT dengan melaksanakan Islam, menyembah Allah SWT, mentaati ajaran dan hukum-hakam Islam. KeIslaman seseorang boleh jadi merosot atau lemah kerana melakukan dosa, mungkar, kederhakaan terhadap Allah SWT, kejahilan, dan perbuatan keji sedang ia mengetahuinya; dan KeIslamannya terbatal jika ia melakukan Syirik* atau Riddah* (Murtad), dan menafikan Ketuhanan Allah SWT, atau melakukan perbuatan lain yang membatalkan Aqidah Islam seseorang itu.

Sebenarnya, kepercayaan kepada Keesaan Tuhan bermakna lebih daripada sekadar mempercayai hanya ada `satu Tuhan'. Beberapa agama kafir lain juga mendakwa mempercayai hanya pada `satu Tuhan' dan hanya satu Tuhan inilah Yang Mencipta dan Memelihara sekalian alam. Akan tetapi, ajaran Tauhid yang murni adalah meyakini hanya ada satu Tuhan yang layak disembah dan ditaati iaitu Allah Subhanawataala, mengikut ajaran yang dibawa oleh Para Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada manusia. Cara kepercayaan dan penyembahan mestilah mengikut apa yang diajar dan dilakukan oleh Para Nabi dan Rasul. Peraturan dan Undang-undang yang dibawa oleh Para Nabi dan Rasul mestilah dipatuhi dan dijunjung.

Islam melarang cara menggunakan `perantaraan' dalam hubungan seorang insan dan Allah SWT - setiap insan yang waras akalnya wajib menyembahNya secara terus dengan Solat dan Ibadat sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi dan Rasul. Setiap Muslim meyakini bahawa Allah adalah Maha Pemurah, Maha Mengasihi, Mengasihani, Maha Penyayang.

Dalam Islam, sudah jelas perbezaan antara Yang Mencipta, dan yang diciptakan (makhluk). Tidak ada sesuatu yang kabur atau misteri dalam persoalan Ketuhanan: kerana yang diciptakan sememangnya tidak layak dipuja atau disembah dan ditaati; hanya Allah, Yang Menciptakan, Dia sahaja yang layak dan wajib disembah.

Agama kafir ada yang mempercayai Tuhan menjadi sebahagian daripada ciptaanNya, dan kesesatan ini membuatkan mereka percaya bahawa mereka boleh menyembah sesuatu makhluk untuk menjadi perantaraan kepada Allah. Mereka mengatakan mereka juga percaya hanya ada satu Tuhan yang Unggul, tetapi mereka pula sujud dan menyembah sesuatu selain Allah sebagai perantaraan.

Muslimin meyakini bahawa sememangnya hakikat Zat Allah tidak boleh digambarkan dengan kata-kata atau akal. Dan sememangnya kita dilarang daripada cuba memikirkan atau menggambarkan Zat Allah.

Tetapi seorang Muslim pasti dalam meyakini bahawa Allah tidak mempunyai sekutu, setara, gandingan, anak, atau tuhan lawan (antagonis). Sesungguhnya Allah SWT tidak beranak ataupun diperanakkan, samada secara nyata, zahir, ataupun metafizikal.

Allah adalah Maha Esa dan Maha Kekal. Dia Yang Mencipta setiap sesuatu, dan Dia Berupaya dan Berkuasa ke atas segala sesuatu. Dia Maha Mengasihi dan Maha Pengampun kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Allah telah menciptakan alam dan isi dunia ini untuk dimakmurkan oleh manusia, dan Dia juga mengaturkan kehidupan manusia. Setiap sesuatu di alam ini adalah tanda-tanda Kekuasaan dan Rahmat Allah.

Kepercayaan kepada Keesaan Allah bukanlah sekadar konsep metafizikal sebagaimana yang dikatakan oleh orientalis, sosiologis dan psikologis Barat kaffir. Ketauhidan inilah mempengaruhi dan mengatur tatacara hidup manusia, masyarakat, dan setiap perlakuan dan kegiatan hidup di dunia. Keesaan Allah ini juga memperkukuhkan kepercayaan kita kepada kesatuan manusia dan Ummah Islam.

_________________
Back to top Go down
View user profile http://MAGIC-Chatter-Labuan-2008.blogspot.com
єяzα ѕ¢αяℓєт
Colonel
Colonel


Female
Number of posts : 1638
Age : 28
Location : Tortoise tortoise in the canoe, pretend pretend you don't know. :-w
Job/hobbies : Rahsia
Reputation : 17
Points : 1820
Registration date : 2009-05-02

PostSubject: Re: APA ITU ISLAM? BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN ISLAM?   Mon Jun 08, 2009 11:58 am

asas ssungguhnya masa kita d dunia makin suntuk...wallahualam...

ass ilmu baru yg aku plajari study
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=PlayList&
 
APA ITU ISLAM? BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN ISLAM?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Promotion of Islam?
» what Some Muslim Phrases used in Qubool Hai means
» Do You think George Clooney and Amal Almuddin are an Item?
» Jodha Akbar Written Update 4th November 2013
» Churchill on Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
meNu Crew Komuniti :: ––––•(-• BORAK-BORAK •-)•–––– :: .:NILAI2 MURNI/KEAGAMAAN/TIPS&NASIHAT:. :: .:KEAGAMAAN:.-
Jump to: